Soap

Nabella Marine Collagen Soap

Info Produk dan Khasiat Marine Collagen

Nabella Marine Collagen Soap dihasilkan dengan menggabungkan 4 bahan semula jadi yang terbukti paling baik untuk kesihatan kulit kita.Rumpai laut yang memiliki ciri-ciri kolagen, minyak kelapa dara yang kaya dengan Vitamin E, Vitamin C yang menghasilkan kulit wajah lebih berseri-seri, lembap dan anjal serta Serbuk Mutiara adalah rahsia keseluruhannya!

Rumpai laut (Marine collagen) merupakan alga yang mempunyai kandungan magnesium, Vitamin A, C dan E, juga kalsium yang berfungsi untuk melembutkan kulit, menguatkan jaringan sel kulit, membaiki serta membina sel kolagen dan elastik kulit. Rumpai laut merupakan bahan yang sesuai dan dapat diterima oleh badan dengan mudah kerana badan manusia sendiri terdiri daripada lebih 50% air. Sabun yang berasaskan tumbuhan laut tidak menimbulkan kesan sampingan bagi mereka yang memiliki kulit sensitif. Ekstraknya mengandungi enzim dan antioksidan yang merupakan imunisasi dalam mengatasi pencemaran, sinar matahari dan melambatkan proses penuaan.

Rumpai laut mampu memulihara sel-sel kulit mati akibat kesan jerawat mahupun parut kemalangan. Ia mampu mencantikkan, melicinkan, menegangkan serta mencerahkan kulit wajah dan badan termasuk bawah lengan dan ketiak. Selulit juga akan semakin berkurang.

KHASIAT MINYAK KELAPA DARA (VCO) UNTUK KULIT

Minyak kelapa dara merupakan sumber yang kaya dengan Vitamin E. Ia adalah sumber daripada dua agen anti mikrob yang paling kuat ditemui dalam bahan makanan. Ia mengandungi Asid Kaprat dan Asid Laurik. Kedua-dua asid ini juga terkandung dalam susu ibu, di mana ia berfungsi untuk melindungi bayi dari jangkitan.

Apabila disapukan kepada kulit, beberapa jenis mikrob yang baik terdapat pada kulit menukarkan asid ke Monocaprin dan Monolaurin, ia akan menggantikan lapisan asid sebagai pelindung kulit. Ini dapat mengelak jangkitan mikrob dan tiadalah jerawat!!

KHASIAT VITAMIN C UNTUK KULIT

Vitamin C adalah vitamin larut air juga di kenali sebagai Ascorbic Acid. Ia amat diperlukan oleh badan manusia kerana ia tidak boleh dibina secara semulajadi oleh badan manusia. Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Ia juga membantu merawat penyakit kulit seperti bisul dan ekzema. Vitamin C mampu mencerahkan kulit wajah serta mencantikkan kulit seluruh badan.

KHASIAT SERBUK MUTIARA UNTUK KULIT

Serbuk mutiara adalah rahsia kecantikan kulit para Maharani China sejak 4,000 tahun yang lepas. Ia mudah diserap oleh kulit & badan. Ia mengandungi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B kompleks, polisakarida & sedozen mineral. Fungsi serbuk mutiara yang terkenal , membantu kelembaban kulit, menjaga kecerahan, mencegah unsur pigmen hitam pada kulit, mencegah penuaan dan pengerutan pada kulit, selain itu ia dapat melindungi kulit dari sinar matahari yang mampu mengelapkan kulit.

Beli Produk

Berminat untuk beli produk Marine Collagen Soap ini ?

Ikuti langkah-langkah mudah pembayaran dengan menekan butang BELI PRODUK